Sunday, June 20, 2010

Muzium Padi

Merakam kenangan di sekitar Muzium Padi Alor Setar,Kedah.Cantik mata memandang,namun jauh di sudut hati terselit sedikit kesedihan kerana apa yang dilihat mengimbau kenangan lama,kenangan masa lalu yang cukup indah,bersama insan-insan tersayang.

Muzium padi yang berbentuk seperti glob,sekeliling kita penuh dengan lukisan gambaran persekitaran fizikal dan latar budaya serta sosial.Ringkasnya,anda tidak perlu berjalan seluruh
Kedah untuk menghayati keindahan pemandangan sawah padi dalam pelbagai musim.Kita cuma perlu duduk dan tenangkan diri, pentas ini yang akan berpusing.

Lukisan pemandangan yang sangat "hidup",cantik...tak terkata!

Pemandangan musim padi masak,keemasan...



Lukisan suasana kenduri kahwin di sebuah kampung.


Pemandangan ini menjentik rasa sedih,lantaran terasa terlalu dekat dengan diri ini.Masa dulu,berbasikal di batas-batas sawah,terbalikkan basikal,tengok sedara main layang-layang.Lalu pulak sekawan bebiri sambil meragut rumput.Aduh...tangkap leleh....



Sekali lagi aku digamit memori silam.Terbayang ibuku bersama rakan-rakannya menanam padi.Kadangkala aku turut turun ke sawah tolong mengagihkan anak-anak semaian.Terasa kaki bagai digigit lintah,aku pantas berlari naik ke batas..lalu emak memarahi aku kerana dianggap mengacau kerjanya.

Aku terdiam..bagaikan emakku di dalam gambar ini(dalam hati,hanya Tuhan yang tahu).Tangkap leleh kang,orang ingat aku tak betul pulak..

Gambaran masyarakat kampung ,seperti sedang melihat geran tanah bersama tok ketua.





Banyak lagi sebenarnya gambaran yang terlalu indah....indah di mata,tak semestinya indah di hati.

Saturday, June 19, 2010

Cuti -cuti Malaysia

Setahun hanya dua kali sahaja pulang ke Kedah,maklumla emak bapa dah tak ada,yg tinggal cuma kakak dan sedara mara.Kalau balik pun,jarang lekat di rumah,tiap-tiap hari tawaf,kadang2 sampai ke Perlis.Tapi,cuti kali ni memang tak sabarrr sangat nak balik,sebab...nak terjah kedai apekk.Amboi,rindu kedai apek ngalahkan rindu kepada sedara sendiri,kehkhekhe..

Perjalanan bermula hari Khamis - 10 Jun 2010.
Kami singgah bermalam di Laketown Resort.Kunjungan yang kelima rasanya.Dah dua kali masuk main air,kunjungan seterusnya setakat luar saja.Kalau masuk,aduhh..penat melayan telatah anak-anak.Budak-budak,bukan tau penat,depa tak sedaq yang ibu abah depa ni dah semakin tua.Manalah lalu nak haruk main air sama naik dengan depa.Tapi,yang selebihnya nak save budget.Kira-kira kalau masuk,mau jugak seratus lebih,nak jalan jauh lagi...

Kenangan yang paling tak dapat dilupakan ialah naik skylif chair.Mak oiii...chek tobat dah.Macam nak luruh jantung,tambah-tambah bila kerusi tu bergoyang ditiup angin.Lagi satu naik pelampung besar,turun dari gelungsur atas bukit nun..anak-anak takut,mak anak yang terlebih sudah.Rasa macam nak terpelanting pun ada.Setakat masuk rendam kaki cecah air je,buat apa kan...

Takdak perubahan apapun,sama jugak.

Bab pemandangan ini yang menarik jika berkunjung ke B.Merah.Tasik luas saujana mata memandang.Teringin jugak nak naik bot ke Pulau Orang utan,tapi memikirkan anak tengah lasak,nantilah dulu.Kut-kut nak bermalam atas air,sewalah chalet ni.





Tudia...nalla punya kolam renang apartment.Anak-anak cuma mandi di sini je.Ramai orang masa tu,penuh seluruh kolam ni.Yelah..kalau masuk tempat berbayar,rugilah kan kalau sekejap je main air,nak tunggu lama,kecut pulak budak -budak ni.

Amboi...posing maut si Angah ni,ala-ala retis majalah mangga gitu,khekhe..mintak simpang nak oii.


Sekadar kenangan bersama keluarga tersayang.