Sunday, June 20, 2010

Muzium Padi

Merakam kenangan di sekitar Muzium Padi Alor Setar,Kedah.Cantik mata memandang,namun jauh di sudut hati terselit sedikit kesedihan kerana apa yang dilihat mengimbau kenangan lama,kenangan masa lalu yang cukup indah,bersama insan-insan tersayang.

Muzium padi yang berbentuk seperti glob,sekeliling kita penuh dengan lukisan gambaran persekitaran fizikal dan latar budaya serta sosial.Ringkasnya,anda tidak perlu berjalan seluruh
Kedah untuk menghayati keindahan pemandangan sawah padi dalam pelbagai musim.Kita cuma perlu duduk dan tenangkan diri, pentas ini yang akan berpusing.

Lukisan pemandangan yang sangat "hidup",cantik...tak terkata!

Pemandangan musim padi masak,keemasan...



Lukisan suasana kenduri kahwin di sebuah kampung.


Pemandangan ini menjentik rasa sedih,lantaran terasa terlalu dekat dengan diri ini.Masa dulu,berbasikal di batas-batas sawah,terbalikkan basikal,tengok sedara main layang-layang.Lalu pulak sekawan bebiri sambil meragut rumput.Aduh...tangkap leleh....



Sekali lagi aku digamit memori silam.Terbayang ibuku bersama rakan-rakannya menanam padi.Kadangkala aku turut turun ke sawah tolong mengagihkan anak-anak semaian.Terasa kaki bagai digigit lintah,aku pantas berlari naik ke batas..lalu emak memarahi aku kerana dianggap mengacau kerjanya.

Aku terdiam..bagaikan emakku di dalam gambar ini(dalam hati,hanya Tuhan yang tahu).Tangkap leleh kang,orang ingat aku tak betul pulak..

Gambaran masyarakat kampung ,seperti sedang melihat geran tanah bersama tok ketua.





Banyak lagi sebenarnya gambaran yang terlalu indah....indah di mata,tak semestinya indah di hati.

Saturday, June 19, 2010

Cuti -cuti Malaysia

Setahun hanya dua kali sahaja pulang ke Kedah,maklumla emak bapa dah tak ada,yg tinggal cuma kakak dan sedara mara.Kalau balik pun,jarang lekat di rumah,tiap-tiap hari tawaf,kadang2 sampai ke Perlis.Tapi,cuti kali ni memang tak sabarrr sangat nak balik,sebab...nak terjah kedai apekk.Amboi,rindu kedai apek ngalahkan rindu kepada sedara sendiri,kehkhekhe..

Perjalanan bermula hari Khamis - 10 Jun 2010.
Kami singgah bermalam di Laketown Resort.Kunjungan yang kelima rasanya.Dah dua kali masuk main air,kunjungan seterusnya setakat luar saja.Kalau masuk,aduhh..penat melayan telatah anak-anak.Budak-budak,bukan tau penat,depa tak sedaq yang ibu abah depa ni dah semakin tua.Manalah lalu nak haruk main air sama naik dengan depa.Tapi,yang selebihnya nak save budget.Kira-kira kalau masuk,mau jugak seratus lebih,nak jalan jauh lagi...

Kenangan yang paling tak dapat dilupakan ialah naik skylif chair.Mak oiii...chek tobat dah.Macam nak luruh jantung,tambah-tambah bila kerusi tu bergoyang ditiup angin.Lagi satu naik pelampung besar,turun dari gelungsur atas bukit nun..anak-anak takut,mak anak yang terlebih sudah.Rasa macam nak terpelanting pun ada.Setakat masuk rendam kaki cecah air je,buat apa kan...

Takdak perubahan apapun,sama jugak.

Bab pemandangan ini yang menarik jika berkunjung ke B.Merah.Tasik luas saujana mata memandang.Teringin jugak nak naik bot ke Pulau Orang utan,tapi memikirkan anak tengah lasak,nantilah dulu.Kut-kut nak bermalam atas air,sewalah chalet ni.





Tudia...nalla punya kolam renang apartment.Anak-anak cuma mandi di sini je.Ramai orang masa tu,penuh seluruh kolam ni.Yelah..kalau masuk tempat berbayar,rugilah kan kalau sekejap je main air,nak tunggu lama,kecut pulak budak -budak ni.

Amboi...posing maut si Angah ni,ala-ala retis majalah mangga gitu,khekhe..mintak simpang nak oii.


Sekadar kenangan bersama keluarga tersayang.

Saturday, April 10, 2010

Perjalanan dari Tapah -Cameron mengambil masa sekitar 1 jam setengah.Pergi Cameron ni kiranya dah macam perkara biasa.Boring-boring panas kat bawah,naik la ke sana.Kononnya nak merasa udara sejuk,tapi...i tell u,semalam pergi,hangat!!Berpeluh,macam takde angin.

Macam biasa,kalau pergi kami akan mengikut laluan Tapah-Cameron sebab seronok lebih sejuk,walaupun laluan kona baring.Berbanding laluan Simpang Pulai,jalannya besar lurus,macam hinghway.Tapi,rasa kurang seronok,macam nak balikk kampung pulak rasanya.

sampai batu 14,kita akan berjumpa Lata Iskandar.Tapi,nampak macam terbiar sikit kawasan perkelahan ni.Tengoklah,ada air terjun,macam-macam jualan kraftangan ada di sini.

Banyak kraf tradisional,harga okey jugak.macam tudung saji daripada rotan tu,cuma RM22.Kalau naik ikut Simpang Pulai,tak jumpalah tempat ni.


Tempat lampu,bubu,tempat payung..semuanya cantik belaka.Rasa macam nak borong,tapi nak letak mana???

Sampai je,destinasi pertama singgah ialah cameron Valley,tempat menjual teh.sambil2 minum teh panas,makan scone,hayati keindahan ladang teh..saujana mata memandang.

Destinasi wajib kedua ialah Big Red Farm,ladang straberi dan ladang salad secara hidroponik.Nak makan salad segar,sinilah tempatnya.6 bungkus RM10,biasanya di Tesco sebungkus Rm2.90.Di sini jugak ada gerai makanan berasaskan straberi..paling best mestilah Straberi Milk Shake.



Anak-anak girang,hati ibu pun riang,walaupun duit melayang,hehe..ikut je apa depa nak beli.Yang pokok bunga cantik-cantik ni tempat lain,tak ingat nama tempatnya.Macam dalam taman bunga,memang best sangat,itu destinasi wajib ke-3 kalau naik Cameron.

Nak tengok bunga cantik2..macam-macam ada...


Cili padi pun macam-macam kaler.Kalau beli bawak turun,tahan jugak berbulan-bulan cili ni,letak je bawah garaj.Tapi,dah cantik,sayang pulak nak petik makan,hehe..

Last sekali kami round sekitar Kg taman Sedia,di sini banyak homestay.Ada jugak ladang strawberi orang Melayu,iaitu Ladang Al-Mashoor.Homestay kat sini harga sekitar RM150 untuk sebuah rumah.

Last sekali,dah penat,makcik pon nak posing jap..
Nampaknya,kalau pergi bulan 3-7,memang panas,sebab dah banyak kali terkena.Pernah naik bulan 2 dan bulan 12,mak oii...sejuknya.Sampaikan rasa malas nak kuar bilik hotel.Tapi bulan 12 lecehlah pulak,musim hujan,nak jalan-jalan pun susah.Sebab dah biasa sangat naik Cameron,kami tak minat nak melawat tempat2 jualan bunga ke,tempat kaktus ke..lebih kepada jalan-jalan saja.Alang-alang dah pergi,jangan lupa beli strwberi,jagung(walaupun agak mahal-seketoi RM1 lebih,tapi sedappp sangat),keledek manis,sayur dan rasalah cendawan goreng..


Sunday, February 14, 2010

Cantiknya Taman Tasik Taiping





Fasa Baru Kehidupan



14 December datang lagi.Hari ni,aku genap usiaku 40 tahun.Berlalu sudah angka 3 dalam kiraan usia.Well...aku dah semakin berusia.Nak sebut tua tu,belum tergamak rasanya.Kata orang,jangan terlalu memikirkan usia kerana usia hanyalah angka.Yang penting,fikiran, semangat perlu sentiasa muda kerana apa yang tersemat di minda akan mempengaruhi tindakan dan pembawaan diri kita.

Aku perlu sentiasa bersemangat muda,kalau tak camna nak panjat bangunan sekolah 4 tingkat,khekhe..kadang-kadang geram jugak,apalah dibuatnya bangunan sekolah empat tingkat.Tak dapat ku bayangkan,dalam usia 50-an,aku nak kena panjat bangunan tingkat empat.Kayuh kaki..kalau naik lift ada aku kesah!!Kalaulah rakan blogger antik Kak Nor64 baca ni,mesti sakan dia promote DCL kat aku,khekhe..

Tudung ni hadiah daripada rakan sekerja ,juga rakan blogger Dikwa Blogspot.Terima kasih Ina..bila pakai tudung ni,akak pasti teringat pada Ina.Konon-konon si Dikwa ni menjual tudung,akupun pulun la pilih yang rasa-rasa takdak lagi dalam koleksi.Alih-alih,dia kata hadiah hari jadi.Hadiah dari cik abang?

HARAPAN
Mudah-mudahan kehidupan mendatang lebih mendapat keberkatan daripada Allah SWT.Dimurahkan rezeki seisi keluarga,kesihatan yang baik,hati yang bersih kerana itulah kunci segala kebahagian.Hati yang bersih menjadikan kita sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diperolehi.Hati yang bersih menjadikan kita sentiasa melihat kebaikan orang lain,bukannya sentiasa mencari kekurangan dan kesilapan.Itulah simboliknya kuntuman bunga putih yang menghiasai "putihnya blogspot".
AMIN

Kunjungan Zai dan Maklang Azie-Raya 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha.Raya kali ni bermakna sangat sebab menerima kunjungan rakan blogger iaitu Zai Laman Seni dan Maklang Azie.Secara kebetulan depa dua orang ni biras,mak mertua plak orang Gopeng.Sekapal la dengan suami kita.Memang tak sangka sangat nak dapat berjumpa dengan Zai dan Maklang.Maklumla,sebelum ni bertegur sapa di alam maya je.Tu lah kan...keciknya dunia ni,pusing sana,toleh sini,rupanya sekampung je.




Nasib baiklah ada lagi hidangan nak jamu rombongan cik kiah ni.Dah awak ni penggemar barangan antik,apalagi...dari gelas sampai pinggan dan piring semuanya antik punya,piring ros hitam,pinggan kekwa hitam.Setakat yang sempat capai je lah.Andai ada terkurang layanan,terkasar bahasa,maaf ye..lain kali kalau nak jumpa,jemputlah ke Tapah pula.

Kenangan akhir tahun2009-SMKAK

Penggal persekolahan 2009 nampaknya semakin sampai ke penghujungnya.Bukan saja murid yang tak sabar nak cuti,cikgu pun tak sabar jugak.dah sampai hujung tahun,macam biasa murid-muridpun buatla jamuan meraikan guru-guru.Ala...zaman aku sekolah pun macam tu jugak.
Hari ni .ada 4 jemputan jamuan.Nasib baik 4,kalau banyak lagi taktaulah...rasanya perut aku dah sama tinggi dengan dada,khikhikhi...Mula-mula,jemputan dari 4 sains,oh..ada laksa,sedap pulak tu,bubur kacang durian.Apalagi..serang...

Pastu pergi kelas blogger ibu Amy Afy,Aky.Jangan taktau..bukan setakat rakan blogger,tapi jugak rakan sekerja yang baikkkk sangat.Tengok tu,yang belakang tu,nak enterframe saja.Budak-budak sekarang,bukan takut dengan cikgu.Itupun dah larang,kalau tak bertanduk la kami dek tangan depa.


Ni pulak pelajar 2RK,huh..kalau suruh posing,macam-macam gaya.Mereka ni pelajar Rancangan Khas.Aku mengajar B.Melayu di kelas ni.Tak susah mengajar mereka sebab pandailah jugak.Kalau tak,tak panggillah rancangan khas.

Ni pelajar lelaki.Harap yang hujung tu je yang handsome,yang lain tu,muka pecah rumah.khikhikhi...kalau depa tau,mesti depa marah.Dua orang tu Orang Asli,Bah Awal dan Sunito.Kat sekolah aku ni ramai OA.Majoritinya sederhana dalam pelajaran,tetapi ada juga yang muncul sebagai pelajar terbaik.Mereka sangat bersih tetapi agak pendiam.

Banyak menunya,mee rebus,rojak buah,pizza...alahai,dah kenyang.Tapau je lah.Aku puji Amy,dia bukannya berkira.Mesti banyak jugak poket dia yang keluar.

Ni pulak jemputan dari kelas 2A2,menunya nasi beriani.Tengok,beriya-iya budak-budak tu menghidang untuk meraikan guru,terharu dibuatnya.

Ni murid-muris lelaki tengah menjamu selera.Masing-masing tunduk je bila cikgu nak ambil gambar.Malulah konon...hehehe
Haa..ni sapa pulak?Cikgu Hasni,feling2 dia pengetua sebab duduk tempat yang dikhaskan untuk pengetua sedangkan pengetua takdak pergi mesyuarat.hahaha..suka hati kaulah...bila lagi nak jadi hantu,masa ni lah kan.

Bergambar kenangan dengan pelajar 2A2 tahun 2009.


Makan...makan jugak.Selebihnya,aku berasa terharu kerana walaupun murid-murid aku ni kategori luar bandar.tetapi mereka tetap berusaha untuk menunjukkan penghargaan kepada guru.