Sunday, June 20, 2010

Muzium Padi

Merakam kenangan di sekitar Muzium Padi Alor Setar,Kedah.Cantik mata memandang,namun jauh di sudut hati terselit sedikit kesedihan kerana apa yang dilihat mengimbau kenangan lama,kenangan masa lalu yang cukup indah,bersama insan-insan tersayang.

Muzium padi yang berbentuk seperti glob,sekeliling kita penuh dengan lukisan gambaran persekitaran fizikal dan latar budaya serta sosial.Ringkasnya,anda tidak perlu berjalan seluruh
Kedah untuk menghayati keindahan pemandangan sawah padi dalam pelbagai musim.Kita cuma perlu duduk dan tenangkan diri, pentas ini yang akan berpusing.

Lukisan pemandangan yang sangat "hidup",cantik...tak terkata!

Pemandangan musim padi masak,keemasan...



Lukisan suasana kenduri kahwin di sebuah kampung.


Pemandangan ini menjentik rasa sedih,lantaran terasa terlalu dekat dengan diri ini.Masa dulu,berbasikal di batas-batas sawah,terbalikkan basikal,tengok sedara main layang-layang.Lalu pulak sekawan bebiri sambil meragut rumput.Aduh...tangkap leleh....



Sekali lagi aku digamit memori silam.Terbayang ibuku bersama rakan-rakannya menanam padi.Kadangkala aku turut turun ke sawah tolong mengagihkan anak-anak semaian.Terasa kaki bagai digigit lintah,aku pantas berlari naik ke batas..lalu emak memarahi aku kerana dianggap mengacau kerjanya.

Aku terdiam..bagaikan emakku di dalam gambar ini(dalam hati,hanya Tuhan yang tahu).Tangkap leleh kang,orang ingat aku tak betul pulak..

Gambaran masyarakat kampung ,seperti sedang melihat geran tanah bersama tok ketua.





Banyak lagi sebenarnya gambaran yang terlalu indah....indah di mata,tak semestinya indah di hati.

No comments:

Post a Comment