Sunday, February 14, 2010

Cabaran



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sesiapa yang membaca catatan ini.Blog ini sekadar rakaman apa yang dirasai,dilalui bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang,juga apa yang dibaca,dan dirasakan positif untuk dikongsi bersama.Catatan pertama bermula dengan Bicara Kendiri yang dipetik daripada majalah Mingguan Wanita..Sebelum ni tak layan sangat majalah ni,tapi bila membaca artikel ini rasa menarik pulak.Kenapa?

  • Cabaran sebenar bagi individu ialah bagaimana untuk mengekalkan diri dalam situasi yang senantiasa bermotivasi tinggi dan bersemangat waja pada setiap saat dan ketika.Justeru itu, saranan yang lebih berkesan dalam menangani situasi ini ialah individu melantik diri sendiri sebagai pakar moti­vasi ataupun kaunselor kepada diri sendiri.
  • Perkara yang sering berlaku, individu bersemangat semasa sesi motivasi dijalankan, ketika berada bersama-sama perunding motivasi ataupun bersama kaun-selor. Bila masa berlalu pergi, individu kembali ke keadaan lamanya dengan semangat dalaman yang kembali lemah dan lesu.
  • Individu disarankan sentiasa mengucapkan kata-kata positif yang penuh rangsangan dalaman kepada diri sendiri. Kata-kata positif yang diulang-ulang pada diri ini akan mempengaruhi minda sehingga terbentuk pemikiran-pemikiran positif dalam minda. Lanjutannya akan melahirkan tindakan dan tingkah laku positif dalam kegiatan hidup harian.
  • Mengucapkan kata- kata positif pada diri yang juga bicara kendiri (self talk) merupakan antara langkah yang boleh individu lakukan bagi memperoleh semula kekuatan diri. Apabila diamalkan dengan istiqamah, apa yang diucapkan pada diri itu bakal membina dan memperkukuh tabiat positif pada minda, seterusnya pada tingkah laku.

No comments:

Post a Comment