Sunday, February 14, 2010

Kesabaran



Berkongsi kisah bagaimana Luqmanul Hakim mengajar anaknya tentang sebuah kehidupan ketika mereka membawa seekor keldai menempuh perjalanan dari satu kampung ke sebuah kampung.

Pada kampung pertama, Luqman menaiki keldai dan anaknya berjalan. Lantas penduduk kampung mencemuh Luqman sebagai tidak berhati perut menaiki keldai sedangkannya anaknya disuruh berjalan. Lantas Luqman menyuruh anaknya pula menaiki keldai dan dia berjalan.Lalu Luqman mendengar cemuhan terhadap anaknya yang membiarkan ayahnya yang tua berjalan kaki.

Luqman mengajak pula anaknya bersama menaiki keldai. Apabila melintas kampung yang lain, sekali lagi mereka dikatakan zalim. Maka Luqman seterus memikul keldai tersebut.

Apa perasaan anda sekiranya kita berada pada waktu itu menyaksikan kejadian tersebut. Tentunya kita juga turut mencemuih dan melihatnya sebagai satu perbuatan yang aneh dan bodoh. Apabila Luqman dan anaknya berjalan beriringan dengan keldai tersebut,tuduhan yang lebih hebat terus diterima oleh Luqman sebagai kufur nikmat.


Pengajaran yang seseorang patut ambil daripada peristiwa Luqman ini ialah sebuah kesabaran itu terlalu tinggi nilainya. Hanya orang yang sabar dapat menempuh liku hidup ini dengan penuh keceriaan,kebahagiaan dan kejayaan.

No comments:

Post a Comment